Setiap Satu Amalan Itu Bergantung Pada Niat
Daripada ‘Umar al-Khattab ( r.a ), Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“ Sesungguhnya segala amalan-amalan itu bermula dari niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu ( ia akan memperolehi berdasarkan ) untuk apa diniatkannya. Maka barangsiapa ( niat ) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah untuk Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yang hijrahnya untuk maksud dunia, maka ia maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana seorang wanita, maka ia akan mengahwininya. Oleh yang demikian hijrahnya adalah berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu dilakukan.”
yaa...pertama kali terdetik niat nak buat blog ni..i ask myself..hemm kenapa nak buat? ada kepentingan ke? Sebab bila orang tanya kenapa tak ada instagram? twitter? And my answer is..err is it necessary?..so far alhamdulillah masih hidup bernafas guna hidup without social network.
Bukan tak nak, cuma lagi banyak kita account social network kat dunia ni, lagi banyak tanggungjawab dan amanah yang ditanggung. Setiap apa yang kita post, guna and lihat ada sahamnya untuk akhirat. Tak tahulah saham tu masuk ke dosa atau pahala, yedok? So cukup dan bersyukurlah dengan hanya apa yang ada. haha. Plus, nanti if one day kita dah meninggal siapa pula yang nak tolong delete account kita dah kalau ada banyak account social network and passwords nya lagi..hemm takut tak dapat delete dan tak perasan kalau apa yang kita post tu bawak saham dosa. Kalau pahala..alhamdulillah. Moga ALLAH lindungi kita. AMEEN.
Niat yang kedua adalah sebab teringat kata-kata Ustaz Adnin dalam buku dia Tarbiyah Sentap. Dia pesan untuk laksanakan dakwah, kerana dakwah dan tarbiyah itu adalah seiringan! In fact, Arwah Ahmad Amar bin Ahmad Azam pun ada berpesan "dakwah dan tarbiyah itu adalah nadi hidupku, mana mungkin aku mampu hidup tanpanya!"
Subhanallah first time aku baca buku dia, memang almost setiap helaian muka surat tu buat aku muhasabah diri sehingga menitiskan air mata la jugak. Serious talk. Siapa tak pernah baca pergi cari. Even arwah dah tiada namun kesan peninggalannya sangat memberi impak besar!
So, I hope this blog would be my platform to spread dakwah dan tarbiyah buat diri sendiri dan juga orang lain. InshaALLAH.
"The best individual is the one who is the most beneficial to others"
Sambil kumpul saham pahala untuk akhirat. Siapa taknak masuk syurga kan. Gilee kau tak nak?? Syurga kott..sebab itu kene merancang mati untuk hidup! :) Hidup ni kan untuk mati~Lepas mati pulak kita akan hidup di dunia akhirat yang kekal. Dalam Al-Quran ALLAH sebut manusia mati dan hidup dua kali. Kenapa dua kali?
Mati kali pertama: sebelum dilahirkan
Hidup kali pertama: Di dunia
Mati kali kedua : Di alam kubur
Hidup kali kedua: Di alam akhirat
Hidup kali pertama: Di dunia
Mati kali kedua : Di alam kubur
Hidup kali kedua: Di alam akhirat
Artinya : “Mereka menjawab: “Ya Tuhan kami Engkau telah mematikan kami dua kali dan telah menghidupkan kami dua kali (pula), lalu kami mengakui dosa-dosa kami. Maka Adakah sesuatu jalan (bagi kami) untuk keluar (dari neraka)?” (QS. Al Mu’min : 11)
Niat yang ketiga adalah kerana bak kata Ustaz Pahrol Juoi dalam buku beliau Beduk Diketuk Lagi, luangkan diri untuk masa, bukan tunggu masa terluang! Fuhh sentap beb! Aku actually dah lama bercita-cita nak tulis blog. Haha..bila nak tunggu masa terluang memang idok ler. Sekarang alhamdulillah akhirnya tercipta jua this blog. Kay this is all for today as introduction. hee ^_^
